Rabu, 31 Julai 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami menyediakan perkhidmatan menjual/membekal produk madu dari syarikat keluaran QS Khaula Holding Sdn Bhd  dengan kadar harga yang berpatut.


Lebah dan Madu Menurut Islam:

Firman Allah dalam Surah An-Nahl : (Ayat 69)
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. 


Hadis Nabi S.A.W :

Dari Ibnu 'Abbas r.a., 
dari Nabi saw, (maksudnya): "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.(HR. Shahih Bukhari.)

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Kudri : Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata, “ Saudaraku sedang mengalami sakit perut” kemudian Rasulullah, S.A.W berkata kepada laki-laki tersebut, “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali kepada Rasulullah, S.A.W dan beliau berkata kembali “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali untuk ketiga kalinya dan Rasulullah tetap berkata “Suruh dia minum madu” , kemudian laki-laki itu kembali dan berkata “ Sudah saya lakukan ya Rasulallah”, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda “Allah telah menyampaikan yang benar, tetapi perut saudaramu berbohong, suruh dia minum madu”. Kemudian laki-laki itu meminta saudaranya untuk kembali minum madu dan dia sembuh.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a katanya Nabi s.a.w amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda "Barangsiapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk.



Ulasan UAI terhadap Madu Lebah





Antara khasiat Madu Lebah :-

1. Khasiat Madu Sebagai Pembekal Tenaga Badan

  • Madu adalah sebagai salah satu makanan tenaga semulajadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
  • Madu juga sebagai sumber gula altenatif yang semulajadi yang sesuai untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Pengambilan yang berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Sesuai untuk mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan. 
2. Madu Membantu Sistem Penghadaman
  • Madu dapat membantu menguatkan sistem penghadaman dan daya terhadap keracunan makanan.
  • Melancarkan pergerakan usus semasa membuang air.
  • Mengamalkan madu setiap hari bagi mendapatkan sistem pencernaan yang baik.
3. Madu membantu Sistem Pernafasan dan Tekak
  • Madu dapat melegakan batuk yang berpanjang.
  • Membantu menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
4. Madu untuk Kulit, Rambut dan Mata
  • Menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar.
  • Dapat membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Pengambilan madu dapat mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapu dan melindungi daripada jangkitan kuman.
  • menjadikan kulit lebih sihat,halus dan awet muda.
5. Madu sebagai Bahan Antioksida
  • Bahan-bahan antioksida berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan, akan bertindak ke atas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian daripada sel-sel tersebut menjadi kanser. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda dapat membekalkan bahan antioksida bermanfaat untuk tubuh anda.
6. Madu Membantu masalah tidur
  • Bagi anda yang mempunyai masalah sukar tidur boleh mengamalkan madu kerana kandaungan asid amino, vitamin dan mineral yang terdapat dalam madu adalah sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena.
7. Madu Untuk Bayi/Kanak-kanak
  • Mengelakkan cacing perosak didalam perut
  • Menguatkan minda kanak-kanak
  • Membantu pertumbuhan Janin bayi dan Kanak-kanak
8. Madu Untuk Ibu Mengandung Dan Anak Dalam Kandungan
  • Madu dapat membantu menambahkan tenaga bagi ibu mengandung.
  • pengambilan madu dapat mengelakkan berbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kencing kotor dan sebagainya.
  • Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  • Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

Kelebihan Madu Menurut Pakar Perubatan Islam :-

  • Menurut Al-Hafiz Ibnu Dunya dalam kitabnya Al-Asyrof fi Manazil A-Asyrof ada menyatakan "Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma'idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambahkan kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.
  • Al-Muwaffaq Al-Baghdadi telah menulis "Madu berfungsi untuk menyingkirkan lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersihkan hati, melancarkan air kencing, membersihkan dada, membuang lendir, melegakan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.
  • Ibnu Sina (890-1037) adalah salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan islam di abad ke-10 masihi, telah menyatakan mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Madu lebah dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambahkan kerajinan dan menjaga awet muda dan melancarkan percakapan.

Pandangan Orientalis Barat Terhadap Madu Lebah :-
  • Menurut Dr Susan Percival daripada Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, Ribotlorina dan Asid Pontohenic.
  • Bagi Profesor Psikologi Universiti Of Virginia, Dr Paul Gold, Manusia dapat mengingatkan sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukosa, sejenis gula yang terdapat dalam madu lebah. Madu juga berperanan sebagai anti-oksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kanser.
  • Jelas Dr Paul Gold, Madu lebih umpama raja segala ubat kerana mampu menyembuhkan pelbagai penyakit tidak kira luaran mahupun dalaman.



** Berubatlah Sebagai Ikhtiar, Hanya Allah Yang Memberi dan Yang Menyembuhkan setiap penyakit.

** Demikian maksud ayat 80( surah As-syuara) : "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku."


JOM BELI MADU ASLI

Bagaimana kami dapat menawarkan harga yang berpatutan:-
  1. Kami Membuat belian terus dari Pemborong/Pembekal/Pengedar.
  2. Jualan hanya dibuat menerusi dalam talian (Online) sahaja.
  3. Tiada kos sewaan premis.
  4. Tiada kos utiliti.
  5. Tiada kos mengaji Pekerja.                          

1 ulasan: