KENALI MADU



TANGGAPAN MASYARAT TENTANG KEASLIAN MADU


1. ADAKAH MADU ASLI TIDAK DIKERUMUNI SEMUT?
Ada sesetengah pihak ada yang mendakwa bahawa madu asli tidak akan dikerumuni oleh semut. Tanggapan tersebut sama sekali tidak boleh dijadikan hujah untuk menentukan keasli madu. Ini kerana ada terdapat madu asli yang dikerumuni oleh semut disebabkan oleh nectar yang diperolehi oleh dari lebah tersebut adalah daripada bunga-bungaan yang wangi dan manis menjadikan semut gemar akan haruman tersebut. Adapun madu asli tidak dikerumuni oleh semut disebabkan oleh nectar yang diperolehi daripada lebah tersebut adalah dari kayu-kayu hutan yang rasanya sedikit pahit yang tidak digemari oleh semut.  Madu Khaula akan dihinggapi semut kerana kandungan gula semulajadi didalam madu khaula tidak sama dengan kandungan gula biasa. Di dalam madu khaula , gulanya adalah di dalam bentuk Fruktosa dan Dektrosa. Oleh yang demikian kebarangkalian madu tersebut dihinggapi semut adalah pasti. Selain itu, kandungan sulfur dan kuprum dalam madu khaula yang lebih rendah juga memungkinkan semut untuk menghinggapinya. Untuk perbandingan , madu tempatan mempunyai kandungan sulfur dan kuprum yang tinggi. Ia menyebabkannya lebih panas dan semut tidak mendekatinya.

2. MADU ASLI TIDAK AKAN BEKU JIKA DISIMPAN DI DALAM FREEZER
Kebiasaanya madu asli akan menjadi agak sedikit kental sahaja bila disimpan didalam freezer dan tidak akan  menjadi beku sepenuhnya ini disebabkan oleh faktor terdapatnya sedikit kandungan semulajadi air yang berada di dalam madu tersebut.   

3. MADU ASLI BERASA MANIS
Kemanisan madu adalah bergantung kepada sumber nectar yang diperolehi oleh lebah tersebut. Ini kerana tidak semua madu berasa manis sepertimana yang didakwa oleh sesetengah orang. Kebiasaanya madu yang diperolehi daripada hutan biasa akan berasa sedikit pahit kerana sumber nectar yang diperolehi oleh lebah adalah dari pohon-pohon liar. 



KENALI MADU KHAULA



Madu Khaula adalah madu asli bergred A yang diimport oleh syarikat QS Khaula Holding Sdn Bhd secara terus dari Republik Iran. Syarikat QS Khaula adalah pemegang lesen pengedar tunggal madu untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara dengan jenama Khaula. Jenama Khaula telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. 

Madu Khaula yang dibotolkan di Iran berasal dari daerah Sabalan yang merupakan pergunungan berapi yang sudah tidak aktif dan terletak di Northwest Iran di Ketinggian mencecah hampir 16,000 kaki. Terdapat beribu-ribu pengumpul madu di kawasan tersebut disebabkan oleh faktor cuaca, air dan bunga-bungaan liar yang amat sesuai untuk habitat lebah. Kawasan tersebut juga  dikenali sebagai kawasan pengeluar madu terbaik di dunia. Madu Khaula adalah terjamin kebersihan, keaslian dan mutunya serta terbukti menepati Piawaian Antarabangsa.   

Keaslian madu khaula telah mendapat pengiktirafan oleh Medical Science & Health Services (Iran) dan Food Quality Research Unit, Universiti Kebangsaan Malaysia (UNIPEQ)

Madu Khaula mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 17.5% dan nilai tersebut adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai madu Gred A.


Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 16% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A.
Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Setiap kali penghantaran (shipment) dibuat, pihak pengusaha akan menyertakan bersama-sama sijil analisa makmal bagi memastikan madu yang dibawa masuk telah mendapat kelulusan makmal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan